PANDUAN BUKA AKAUN DAN MENGELUARKAN WANG PAYPAL DI MALAYSIA

Tahukan anda apakah kegunaan paypal?

Paypal adalah salah satu merchant account yang popular di internet. Contoh merchant akaun yang popular lain di internet adalah 2checkout , stormpay dan banyak lagi. salah satu fungsi merchant account adalah untuk memproses bayaran kad kredit. Dengan kata lain sekiranya anda mempunyai website dan inginkan bayaran pelanggan melalui kad kredit, anda perlulah mempunyai satu akaun dengan mana-mana merchant.

Mengapakah paypal menjadi pilihan berbanding merchant account yang lain?

1. Yuran perpindahan & procesing fee nya yang rendah

2. Boleh transfer wang kepada sesiapa yang mempunyai akaun paypal di mana- mana negara di dunia.

Di sebabkan sebab itulah kebanyakan syarikat terutama syarikat kecil ataupun orang perseorangan suka membuat bayaran dengan menggunakan paypal. Tidak kira sama ada pembelian atau pembayaran komisyen sungguh mudah dilakukan dengan paypal.

3. Anda juga boleh buka akaun paypal cara individu. Tanpa mempunyai kad kredit pun boleh. Jika anda mahu upgrade akaun, bolehlah kad kredit atau debit card dari mana-mana bank di Malaysia.

4. Untuk membuka akaun paypal dengan pantas dan cepat, boleh klik logo di bawah. Lepas itu pilih `sign up`. Daftar PERCUMA. Berbanggalah, anda telah ada satu akaun internet antara bangsa  yang boleh menerima bayaran dan membayar. Tahniah.

Jadi macam mana caranya untuk keluarkan wang dari akaun paypal anda terus ke mesin ATM di Malaysia?.

Jangan bimbang, ada caranya....

saya telah mengetahui beberapa cara untuk mengeluarkan wang paypal di Malaysia. Wang tersebut boleh dikeluarkan di mesin ATM di Malaysia.

Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan kad debit Public Bank VISA ELECTRON atau apa-apa kad kredit .

 

Ikuti langkah ini.

1. Login ke dalam akaun paypal anda

2. Klik menu withdraw

3. Pada bahagian Withdraw Funds

4. Pilih option Withdraw funds to your card

5. pilih kad debit Public Bank VISA ELECTRON

yuran pemprosesan yang dikenakan oleh Paypal hanyalah $5USD setiap kali pengeluaran dibuat

7. Kemudian masukkan amount jumlah yang anda nak keluarkan dan

klik Continue

8. Ikutilah langkah seterusnya dalam website paypal tersebut.

Duit anda akan sampai ke bank tempatan dalam masa 5 hari ...

tapi anda kena tambah 2 .. 3 hari utk clearkan di bank tempatan

(tertakluk kpd bank tersebut)

Apa-apa hal pun anda kena cuba sendiri. Saya hanya boleh beri guide sahaja.

9. Yang PENTING, buka akaun dulu di paypal . Mempunyai akaun di paypal menandakan anda mementingkan prestij, berkredibeliti, keselamatan dan amanah dalam berjual beli. DAFTAR PERCUMA!

"SELAMAT BERNIAGA DI INTERNET" Sekian dulu dari saya.

Ikhlas
khalit

  |   Add to Google      

============================================================================

Kedai Online

         
 

 

  Web Site Counter
Free Counter